Followers

Friday, November 11, 2011

fasha sandha.. AWESOME !



WAA SALUTE LU LAH FASHA !

credit : klik here

Thursday, November 10, 2011

video 'BERANI' mathlufthi ...



to me..video nie agak BERANI yg matlufhti ( hentam jelah eje name die) buat..


p/s : setelah sekian lama x mengupdated blog..now..im back. : )

Wednesday, August 3, 2011

eksperimen dalam hubungan


apakah perasaan bila ada orang cakap dekat kau "i'm just experimenting with you"atau "aku saje je nak test2 dengan kau"

adakah kau patut rasa diri sendiri macam tikus makmal yang dibuat mangsa eksperimen?

atau patut rasa berbangga sebab menyumbang kepada eksperimen seseorang?






dalam dunia ni ada orang yang jadi pengeksperimen, ada yang jadi bahan eksperimen. mungkin ada yang pernah rasa jadi dua-dua..
macam mana pulak kalau orang tu bereksperimen dengan satu hubungan. contohnya, Katherine Anne bercouple dengan Fadil, suatu hari ketika mereka makan-makan di gerai cendol depan pasar ikan kat seksyen 1, Fadil meluahkan perasaan yang terpendam "mamak, cendol pulut satu, kacang taruk lebeyy...!".

selesai membaham cendol pulut itu, Fadil mahu meluahkan perasaan yang terpendam yang kedua pulak "katherine anne carlson, dah dua tahun kita couple kan, i just nak cakap, i sebenarnye saje nak try couple dengan you, sebab i just nak tau rasabercouple dengan watak drama nur kasih....you tak marah kan...?"

kalau korang jadi katherine anne carlson masa tu, apa yang korang buat?

tikam perut Fadil dengan parang ke? (ingat, tindakan ini merbahaya sebab nanti ada aaron aziz balas dendam)

atau simbah muka Fadil dengan cendol pulut? (sumpah cool tindakan ini, tak ada orang pernah buat)

atau korang ada idea sendiri....?



p\s:a few months menyepi now im back ! hahah ~busy stdy membuatkn terlupa psl blog ~

Thursday, June 23, 2011

ini bukan instruction untuk belagak dalam FB !

aku bukan nak ajar korang cara-cara berlagak kat sini, jangan anggap ni "buku manual berlagak di fb" okeh...! aku tulis ni sebab aku harap kita sama-sama bleh jauhkan diri.  ececeh . tetibe je jadik baik since tangan ku disengat tebuan , haha




berlagak dalam sopan



Datin Maimunah Alhambari "akak mintak maap la banyak-banyak kat sape-sape yang akak terblock tadi, akak parking BMW 7 series akak tu ingatkan skejap je, tapi jadi lama plak sebab cari kad kredit platinum yang terjatuh dalam opis akak tadi, mintak maap ye korang....~"

>>jadi kaya tu tak memberikan kau hak untuk berlagak tau<<


berlagak dalam doa

Tayip bin Kulup "esok interview, tolong doakan aku ye kawan-kawan, untuk interview keje aku kat FERRARI. kalau dapat keje nanti aku belanje korang ferrero roscher sorang sebijik... amiiinnn.."

aku rase nak doakan dia dapat keje kat kilang ferrero rocher je, boleh belanje ferrero rocher sekotak terus.


berlagak + kutuk orang kat komen gambar atau status update

ini pembelagak yang aku paling menyampah, dah la menyemak je dengan komen bodo diaorang, sempat lagi nak promote diri sendiri.

Wa Rempit Sejati Sampai Wa Mati Eksiden "hek eleh brader, setakat pakai iphone 3g wa tak heran la, wa skrg pakai iphone 5. lu cuba la try lawan iphone wa ni...."

err, bro. you can try the new iPhone when you're in heaven. if you could get in it.













[ insert title here ]






lagi aku mahu tulis muzik, lagi aku tak reti. sedangkan alat muzik bernama "kastenet" peringkat darjah satu pun aku tak reti. entah, kenapa kalau aku ingat kastenet je aku trus ingat biru dan merah.


aku mahu tulis lagu, tapi tidak reti. jadi ini sajalah yang termampu.





aku mahu kata,

kau boleh jadi tujuan satu pengembaraan yang panjang.

kau boleh juga jadi sentuhan terakhir fesyen dan tatasusila,

kediaman dalam ketika yang tidak bergerak,

perisai yang melindungi rasa aku bila teruja,

pendakian, stimulus dan pecutan aku.


aku cuma kata dengan mudah,

yang kau adalah ultrabesar untuk aku,

dan hanya nak pastikan yang kau dapat rasa aku tak,

ya, kau dapat rasa aku.


aku mahu kata,

kau adalah Chill-Out Area ku,

kau adalah hari-hari cutiku setiap tahun,

kau adalah bahagian gula-gula di dalam supermarket,

kau adalah jawapan yang dicari-cari,

sangat tak ternilai sampai pasti aku akan pertahankan,

dan kau sangat cantik,

cantik yang mustahil ditinggalkan.





oh, baiklah, aku tahulah aku tidak berbakat, janganlah serang aku bertubi-tubian. dush!


kalian barangkali kata aku mampu buat lagi baik, dush! dush! aku dah kata ni je yang termampu buat saat ketika ini.sudah2 . tangan ini tak mampu lagi menaip akibat daripada disengat tebuan semalam . 


 p \ s :  bibik-bibik cinta bermula . hehe